AWARENESS: JAGA KOMPUTER – JAUHI MALWARE
Program Awareness: Komputer – Jauhi Malware sempena Kempen Internet Selamat (KIS) telah berlangsung di NADI Taman Putra Budiman dengan penyertaan seramai 5 orang peserta.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman malware terhadap komputer dan peranti digital serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan semasa menggunakan internet. Antara pengisian yang disampaikan ialah pengenalan kepada jenis-jenis malware, cara mengenal pasti ancaman siber, kepentingan memuat turun perisian daripada sumber yang sah, mengemas kini sistem dan aplikasi secara berkala, serta penggunaan perisian antivirus bagi melindungi peranti daripada serangan siber.


