PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM AKADEMI ASAS PENERANGAN NADI X KOMUNITI MADANI

PROGRAM AKADEMI ASAS PENERANGAN NADI X KOMUNITI MADANI

“MEMPERKASA KOMUNITI, MENYAMPAIKAN MAKLUMAT, MEMANFAATKAN TEKNOLOGI”

Pada 02 Ogos 2026 (Ahad), telah berlangsung Program Akademi Asas Penerangan di NADI Taman Putra Budiman, yang melibatkan Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat bersama Komuniti MADANI DUN Balakong.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran komunikasi, penyampaian maklumat serta penggunaan teknologi digital dalam menghasilkan kandungan yang lebih berkesan dan menarik.

Antara pengisian utama program ialah “Speak with Charisma” yang memberi fokus kepada kemahiran berkomunikasi dengan yakin, berpengaruh dan berkesan. Peserta turut didedahkan kepada Mojo Journalism (Mobile Journalism) serta penggunaan Prompt dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan digital.

Melalui program ini, peserta berpeluang meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta pengetahuan dalam memanfaatkan teknologi digital dan AI secara kreatif dan berkesan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada komuniti serta meningkatkan keupayaan peserta dalam menyampaikan maklumat dengan lebih yakin, tepat dan berkesan, di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital secara positif dan bertanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat, Komuniti MADANI DUN Balakong serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Berita Berkaitan