PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

BENGKEL PRAKTIKAL & REACH NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI DI NEGERI SELANGOR – GROUP 3

“MEMPERKASA KOMUNITI, MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT”

Pada 12 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Bengkel Praktikal & REACH NADI Kesejahteraan Kendiri di Negeri Selangor – Group 3 di NADI Taman Putra Budiman.

Program ini bertujuan memberikan saringan kesihatan asas secara percuma kepada masyarakat, khususnya komuniti NADI Taman Putra Budiman, bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Antara saringan kesihatan yang disediakan termasuk pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI), pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan pemeriksaan kolesterol, di samping konsultasi bersama doktor bagi mendapatkan nasihat serta pandangan berkaitan tahap kesihatan berdasarkan hasil saringan yang diperoleh.

Selain itu, para petugas NADI turut diberikan latihan praktikal (on-site training) berkaitan pelaksanaan saringan kesihatan. Latihan ini merangkumi kaedah saringan kesihatan yang betul, pengurusan aliran peserta (crowd management), penggunaan sistem HATI Tele-Consultation, pengendalian bahan tajam (sharps handling) serta pengurusan rekod saringan kesihatan.

Melalui program ini, komuniti berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan asas dan konsultasi doktor secara percuma.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Komuniti NADI Taman Putra Budiman atas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Berita Berkaitan