PERTANDINGAN NADI E-SUKAN MADANI – MOBILE LEGENDS (PERINGKAT SARINGAN)
Pertandingan NADI E-Sukan Madani Legend – Mobile Legends (Peringkat Saringan) telah berjaya dilaksanakan di NADI Taman Putra Budiman pada 13 Julai 2026, bermula dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 18 orang peserta yang menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta kemahiran dalam permainan Mobile Legends. Sepanjang pertandingan berlangsung, semua perlawanan berjalan dengan lancar dan teratur mengikut format yang telah ditetapkan.
Hasil daripada pertandingan ini, pasukan Skush E-Sport telah berjaya muncul sebagai wakil NADI Taman Putra Budiman dan akan mewakili pusat ini ke peringkat seterusnya. Tahniah diucapkan kepada pasukan Skush E-Sport atas kejayaan tersebut, dan semoga terus mengharumkan nama NADI Taman Putra Budiman pada pertandingan akan datang.


